Jenis perbendaharaan kata Perbendaharaan_kata

Disenaraikan mengikut urutan paling besar sehingga paling terhad: [3][4]

Perbendaharaan kata bacaanPerbendaharaan kata bacaan seseorang ialah kesemua perkataan yang dikenalnya semasa membaca. Jenis perbendaharaan kata ini merupakan jenis perbendaharaan kata yang terbesar kerana ia merangkumi tiga jenis perbendaharaan kata yang lain.Perbendaharaan kata dengarPerbendaharaan kata dengar seseorang ialah kesemua perkataan yang dikenalnya semasa mendengar pertuturan. Saiznya perbendaharaan kata ini diperluas oleh konteks dan nada suara.Perbendaharaan kata bertulisPerbendaharaan kata bertulis seseorang ialah kesemua perkataan yang digunakannya semasa menulis. Berbeza dengan kedua-dua jenis perbendaharaan kata yang tersebut di atas, perbendaharaan kata bertulis dicetuskan oleh pengguna.Perbendaharaan kata pertuturanPerbendaharaan kata pertuturan seseorang ialah kesemua perkataan yang digunakannya semasa bertutur. Disebabkan oleh sifat spontan perbendaharaan pertuturan, perkataan seringnya salah digunakan. Bagaimanapun, salah guna perkataan, jika ringan dan tidak sengaja, dapat diimbangi dengan ekspresi muka, nada suara, atau gerak isyarat tangan.